AGENDA

Sukan SEA: Atlet snuker negara sumbang pingat emas kedua

14 Mei 2023, 2:44 PM
Sukan SEA: Atlet snuker negara sumbang pingat emas kedua

PHNOM PENH, 14 MEI: Selepas kira-kira 48 jam, Malaysia kembali menuai pingat emas di Sukan SEA 2023 menerusi billiard yang disumbangkan Thor Chuan Leong dalam acara snuker perseorangan lelaki.

Menewaskan Akani Songsermsawad dari Thailand pada peringkat akhir yang berlangsung di Aeon Mall Sen Sok, Chuan Leong meraih emas selepas lapan tahun iaitu kali terakhir dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura.

Beliau menampilkan prestasi memberangsangkan dengan meraih kemenangan 4-1 (74-42, 67-48, 53-72, 53-17, 63-21).

Seorang lagi atlet negara Lim Kok Leong berkongsi pingat gangsa dengan wakil tuan rumah Sophanith Men.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan sasaran dua emas yang ditetapkan Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia pada temasya ini tercapai, selepas Moh Keen Ho menyumbangkan emas pertama kem snuker negara dalam acara 6-Red individu, Selasa lepas.

Chuan Leong kini memiliki keseluruhan lima emas Sukan SEA selepas mengungguli acara berpasangan lelaki pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia dan 2015 di Singapura selain acara 6-Red perseorangan pada edisi 2013 di Myanmar.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619