ADN

Lebih 2,000 hadir rumah terbuka Parlimen Kuala Selangor, DUN Bukit Melawati

13 Mei 2023, 11:22 AM
Lebih 2,000 hadir rumah terbuka Parlimen Kuala Selangor, DUN Bukit Melawati
Lebih 2,000 hadir rumah terbuka Parlimen Kuala Selangor, DUN Bukit Melawati
Lebih 2,000 hadir rumah terbuka Parlimen Kuala Selangor, DUN Bukit Melawati

Oleh Norrasyidah Arshad

KUALA SELANGOR, 13 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati hari ini meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu.

Ahli Dewan Negeri Juwairiya Zulkifli berkata tetamu pelbagai bangsa bukan hanya dalam kalangan penduduk parlimen itu sebaliknya turut disertai penduduk parlimen berhampiran.

“Sempena majlis hari ini kita turut menyumbang mesin pencetak serta komputer kepada agensi daerah iaitu polis, jabatan bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan jabatan kesihatan.

[caption id="attachment_581246" align="aligncenter" width="683"] Orang ramai menjamu selera ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan DUN Bukit Melawati di Bandar Baru, Kuala Selangor pada 13 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita turut mengagihkan sumbangan duit raya kepada 60 penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim Islam Aitam serta 300 kanak-kanak yang hadir hari ini,” katanya kepada SelangorKini.

Majlis turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tetamu turut diraikan dengan persembahan nyanyian kumpulan Scorr selain dijamu dengan pelbagai juadah tradisi hari raya.

[caption id="attachment_581248" align="aligncenter" width="668"] Orang ramai mengambil juadah yang disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan DUN Bukit Melawati, di Bandar Baru, Kuala Selangor pada 13 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619