ad
BERITA UTAMA

30 pengusaha tapak perkhemahan di Ampang Jaya diminta daftar operasi

9 Mei 2023, 2:05 AM
30 pengusaha tapak perkhemahan di Ampang Jaya diminta daftar operasi
30 pengusaha tapak perkhemahan di Ampang Jaya diminta daftar operasi

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG JAYA, 9 MEI: Hanya enam daripada 36 pengusaha tapak perkhemahan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendaftar operasi mereka.

Yang Dipertua Dr Ani Ahmad berkata pihaknya akan bertemu dengan baki 30 pengusaha terbabit selain menasihati mereka mematuhi arahan berkenaan.

"Datanglah daftar agar kita boleh uruskan dengan baik… kalau kita nak buka kedai, nak berniaga tanpa lesen salah... haram... pendapatan yang kita dapat pun tak segar, tak subur.

"Jika tuan-tuan dah mendaftar kita tahu tuan-tuan ada di mana… jika berlaku sesuatu kita tahu mana nak cari dan kita juga boleh bantu… janganlah bila dah jadi masalah baru nak cari kerajaan," katanya.

[caption id="attachment_557373" align="alignnone" width="728"] Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau berkata demikian selepas Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Yang Dipertua MPAJ Ke-9 di Menara MPAJ semalam.

Bermula 1 Februari lalu, semua pengusaha tapak perkhemahan di Selangor perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin keselamatan pengunjung susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali pada Disember 2022.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan nyawa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.