ADN

Kerja baiki jalan berlubang di DUN Seri Setia bermula minggu depan

8 Mei 2023, 1:30 AM
Kerja baiki jalan berlubang di DUN Seri Setia bermula minggu depan
Kerja baiki jalan berlubang di DUN Seri Setia bermula minggu depan
Kerja baiki jalan berlubang di DUN Seri Setia bermula minggu depan
Kerja baiki jalan berlubang di DUN Seri Setia bermula minggu depan

Oleh DIANA ABD WAHAB

PETALING JAYA, 8 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia akan membaikpulih jalan berlubang dan lopak sekitar kawasan Lembah Subang.

Wakil rakyatnya Halimey Abu Bakar berkata kerja-kerja penurapan akan dilaksanakan di tiga kawasan mulai minggu depan.

[caption id="attachment_580169" align="aligncenter" width="773"] ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar bercakap kepada media ketika Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seri Setia di Jalan PJS 6/6A, Petaling Jaya pada 7 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Alhamdulillah dengan peruntukan yang diberikan kepada saya selaku Ahli Dewan Negeri ( ADN), minggu depan kita akan mula perbaiki baki jalan berlubang di kawasan Lembah Subang.

“Ini projek yang diturunkn khas oleh Kerajaan Negeri kepada semua ADN bawah insentif Selangor Penyayang. Tiga kawasan kita sudah laksanakan kerja baik pulih dan baki tiga lagi kawasan pada minggu depan,” katanya.

[caption id="attachment_580164" align="aligncenter" width="812"] ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar beramah mesra bersama penduduk yang hadir ketika Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seri Setia di Jalan PJS 6/6A, Petaling Jaya pada 7 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu beliau ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang berlangsung di tempat letak kereta Jalan PJS6/6A, di sini semalam.

Kelmarin, EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim memaklumkan kerja menurap jalan rosak besar-besaran di Selangor membabitkan kos RM50 juta dilaksana secara serentak dua minggu lagi.

Beliau berkata lebih 20 kontraktor terlibat dalam projek membabitkan peruntukan tambahan RM50 juta dan dijangka mengambil masa dua bulan dengan menumpukan jalan yang agak teruk dan tidak mendapat perhatian.

[caption id="attachment_573961" align="aligncenter" width="811"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih dan menurap jalan di Jalan Persiaran Sungai Pinang Pandamaran, Klang pada 23 Mac 2023. Foto Twitter INFRASEL[/caption]

Ir Izham berkata pihaknya juga akan mengutamakan jalan yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sejak 2021 hingga tahun lalu syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan lebih 39,000 kerja penurapan jalan bagi memastikan keselesaan pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619