BERITA UTAMA

Hampir 10,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Hulu Langat

5 Mei 2023, 3:18 PM
Hampir 10,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Hulu Langat
Hampir 10,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Hulu Langat
Hampir 10,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Hulu Langat

KAJANG, 5 MEI: Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Hulu Langat berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 10,000 penduduk biarpun Aidilfitri memasuki minggu kedua.

Program di tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding di sini dihadiri pimpinan Kerajaan Negeri antaranya EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim; EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian dan EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud.

Program bermula jam 8 hingga 11 malam menyajikan pelbagai juadah di 13 gerai yang mana menjadi tarikan pengunjung ialah sate dan kambing bakar.

Juadah lain yang turut disedia ialah cakoi, laksa, lemang, rendang, air balang, nasi minyak, soto ayam, keropok lekor, apam balik dan pisang goreng.

[caption id="attachment_579872" align="alignnone" width="801"] Artis dari Jabatan Penerangan menghiburkan tetamu sempena rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Hulu Langat di Taman Sri Nanding, Kajang pada 5 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Izham turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir selain pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis Jabatan Penerangan Malaysia termasuk Pija Mentor.

JKSA diteruskan minggu ini bermula di Hulu Langat diikuti daerah Petaling bertempat di tapak Pasar Malam Sungai Buloh (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Program tersebut diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[caption id="attachment_579873" align="alignnone" width="752"] EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim (dua, kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sempena rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Hulu Langat di Taman Sri Nanding, Kajang pada 5 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Minggu lalu, program rumah terbuka Aidilfitri yang berlangsung di sembilan daerah dimulakan di Sepang, Hulu Selangor dan Klang.

Selain rumah terbuka, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang turut disedia dan boleh segera dipohon.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619