AGENDA

PM ajak golongan pekerja perangi rasuah

1 Mei 2023, 7:46 AM
PM ajak golongan pekerja perangi rasuah

PUTRAJAYA, 1 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Pekerja 2023 hari ini menyeru warga pekerja untuk sebaris dalam memerangi rasuah di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ketika beliau mengambil alih kerajaan, keadaan kewangan negara parah dengan hutang RM1.5 trilion yang sebahagian disebabkan oleh ekonomi dan juga 'perompak'.

"Kalau mahu ekonomi berkembang, hasil berkembang, kena lawan dan hapus perasuah besar. Saya mahu pekerja sama barisan dengan saya, bangkit dan perang terhadap golongan yang merasuah," katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja 2023 bertema "Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI" di sini hari ini.

Anwar berkata langkah penjimatan yang diambil kerajaan serta usaha memerangi rasuah akan membolehkan hasil negara bertambah sekali gus rakyat mendapat manfaat daripadanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619