PBT

YDP MPAJ dilantik Datuk Bandar Subang Jaya mulai 2 Mei

29 Apr 2023, 7:00 AM
YDP MPAJ dilantik Datuk Bandar Subang Jaya mulai 2 Mei
YDP MPAJ dilantik Datuk Bandar Subang Jaya mulai 2 Mei

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 29 APRIL: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim ditukar ke Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagai Datuk Bandar baharu berkuatkuasa 2 Mei ini.

Mohd Fauzi, 56, menamatkan tugas sebagai Yang Dipertua MPAJ semalam selepas lebih tiga tahun menerajui pihak berkuasa tempatan itu.

Majlis Lambaian Kasih sempena penamatan tugas dan pertukaran beliau ke tempat baharu diadakan kakitangan MPAJ semalam.

"Terima kasih atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu sepanjang di MPAJ. Pelbagai kejayaan telah dikecapi di peringkat daerah, kebangsaan mahu pun antarabangsa.

[caption id="attachment_578857" align="aligncenter" width="756"]
Kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengiringi Mohd Fauzi Mohd Yatim keluar dari Menara MPAJ pada 28 April 2023. Foto Facebook MPAJ[/caption]

"Semoga ukhuwah kita berkekalan. Ingat kami di MPAJ dan selamat maju jaya," tulis mereka di Facebook.

Mohd Fauzi yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Sumber Tanah dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mula bertugas di MPAJ pada 2020.

Sebelum itu beliau yang berasal dari Terengganu bertugas sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (2019-2020), Pegawai Daerah Hulu Selangor (2015-2019) dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak (2011-2015).

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pengurusan Awam INTAN ini juga pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619