PBT

755 mangsa banjir di Subang Jaya berlindung di tujuh pusat pemindahan

8 Mac 2022, 8:34 AM
755 mangsa banjir di Subang Jaya berlindung di tujuh pusat pemindahan

SHAH ALAM, 8 MAC : Seramai 755 mangsa banjir di Subang Jaya dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi tadi, kata Datuk Bandar.

Dato' Johary Anuar berkata jumlah itu terdiri 187 keluarga dari Kampung Bersatu, Kampung Baru Sri Puchong, Kampung Sri Andalas, Kampung Tengah, Kampung Kenangan dan Kampung Sri Langkas

Menurutnya, PPS dibuka adalah Dewan Camelia Sek 10 Putra Heights, Dewan Kg Seri Aman, Dewan Puchong Jaya, Dewan Puchong Utama, Dewan Batu 3, Shah Alam, Masjid Putra Height dan Masjid Nur Huda

"Kesedaran penduduk dilihat bertambah baik memandangkan mereka sedia berpindah ke PPS lebih cepat mungkin kerana kesan trauma kejadian banjir Disember lalu memberi pengajaran.

"Namun, kita sedia maklum air mulai surut pagi tadi dan kebanyakan penduduk sudah mula pulang ke kediaman masing-masing untuk mencuci rumah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Bazar Ramadan MBSJ 2022 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah di sini hari ini.

Johari menambah pihaknya akan terus membuka PPS itu sehingga esok sebagai persediaan jika berlaku lagi kejadian bencana bah dan memberi perlindungan kepada mangsa terlibat.

"Kita turut membeli tiga bot tambahan untuk persiapan memindahkan mangsa banjir..kita akan menambah ia (bot) jika ada keperluan pada masa akan datang," katanya.

Hujan lebat luar biasa kira-kira jam 3 petang semalam menyebabkan banyak kawasan di Kuala Lumpur Selangor dinaiki air.

Seramai 1,215 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor setakat 11 pagi tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619