BERITA UTAMA

Sultan, Permaisuri seru hiasi Syawal dengan sedekah, erat silaturahim

22 Apr 2023, 1:00 AM
Sultan, Permaisuri seru hiasi Syawal dengan sedekah, erat silaturahim
Sultan, Permaisuri seru hiasi Syawal dengan sedekah, erat silaturahim

SHAH ALAM, 22 APRIL: Umat Islam diseru meraikan Syawal sebagai bulan kemenangan dalam suasana yang meriah dan harmoni dengan tidak melupakan insan yang kurang berkemampuan setelah beribadah sepanjang Ramadan dengan pelbagai kegiatan kerohanian.

DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menerusi perutusan Aidilfitri berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di Negeri Selangor.

[caption id="attachment_577998" align="aligncenter" width="754"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Berikut perutusan penuh Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin:

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di Negeri Selangor.

Baginda berdua berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dirai dalam suasana yang meriah dan harmoni.

Baginda menyeru agar di bulan Syawal yang mulia ini, ambillah kesempatan untuk menggandakan amalan sedekah kepada golongan yang memerlukan.

Teruskan berkata-kata dan menulis perkara yang baik-baik sahaja, elakkan fitnah dan buruk sangka, kerana apa sahaja yang kita lakukan adalah menjuruskan kepada ketakwaan kepada Allah SWT.

Baginda juga mengingatkan bahawa umat Islam dituntut untuk mengekalkan hubungan silaturahim lebih-lebih lagi dengan suasana Syawal yang penuh dengan tradisi rumah terbuka dan kunjung mengunjung. Sesungguhnya amalan ini harus diteruskan.

Baginda turut berkenan menasihatkan umat Islam khususnya yang pulang ke kampung halaman agar memandu dengan berhemah dan berhati-hati di jalanraya.

Semoga Syawal yang menyusuli pemergian Ramadan ini dapat disambut dengan kegembiraan sejati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619