AGENDA

Sultan berkenan sertai sambutan ambang Maal Hijrah di masjid negeri

6 Jul 2024, 2:30 PM
Sultan berkenan sertai sambutan ambang Maal Hijrah di masjid negeri
Sultan berkenan sertai sambutan ambang Maal Hijrah di masjid negeri

SHAH ALAM, 6 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyertai sambutan ambang Maal Hijrah di masjid negeri di sini, malam ini.

Baginda yang diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah.

Baginda berkenan mengaminkan bacaan doa akhir dan awal tahun sebelum solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta mendengar ceramah 'Hijrah Itu Kemerdekaan' yang disampaikan oleh Pahrol Mohamad Juoi.

[caption id="attachment_651060" align="aligncenter" width="813"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengaminkan bacaan doa akhir dan awal tahun ketika sambutan ambang Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 6 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda bersama Tengku Permaisuri kemudiannya berangkat ke Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam bagi menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri dan majlis santapan.

Dalam majlis tersebut, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad mengumumkan Dato’ Abdul Majid Omar sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor 1446H.

Abdul Majid, 84, merupakan mantan timbalan mufti negeri selama 17 tahun bermula 2 Januari 1998 hingga 31 Disember 2015.

Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani' yang bermaksud kesejahteraan dan kejayaan. Al-Falah dipilih sempena salah satu lafaz azan yang bermaksud 'marilah menuju kejayaan (Al-Falah).'

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619