AGENDA

PM ucap tahniah, sifatkan kemenangan Sofyank banggakan negara di persada antarabangsa

21 Apr 2023, 2:39 PM
PM ucap tahniah, sifatkan kemenangan Sofyank banggakan negara di persada antarabangsa

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pereka kandungan digital Sofyank, atau Mohamad Sofian Abdullah, yang menjuarai pertandingan Ultimate VFX Challenge - Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beliau berkata pencapaian anak muda itu adalah satu kejayaan yang membanggakan negara di persada antarabangsa dan harus diteruskan.

“Tahniah saudara @sofyank96! Pastinya daya kreatif mesti dicambah dan digalak terus. Pencapaian saudara Sofyan ternyata satu kejayaan yang membanggakan negara di persada antarabangsa!” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini.

Sofyank, yang terkenal dengan bakat mencipta kandungan digital VFX atau kesan visual, telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.

Pemuda berusia 27 tahun itu, yang menyertai pertandingan anjuran pempengaruh media sosial dan pereka kandungan digital terkemuka antarabangsa Zach King dan bersaing dengan dua lagi peserta, telah diberikan beberapa cabaran dan perlu menyiapkan satu karya pendek VFX.

Video pertandingan itu ‘Is This The Next Zach King?’ boleh ditonton di YouTube.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619