PBT

MPKj kutip RM5.6 juta bayaran kompaun letak kenderaan setakat Mac

19 Apr 2023, 1:14 AM
MPKj kutip RM5.6 juta bayaran kompaun letak kenderaan setakat Mac

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengutip kira-kira RM5.6 juta hasil penyelesaian 97,693 kompaun letak kenderaan sehingga Mac lalu.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata pihaknya juga menerima 14,168 rayuan penyelesaian kompaun dalam tempoh tersebut.

"Semua ini adalah hasil kerja keras Jabatan Undang-Undang dalam memperkasakan tindakan pendakwaan terhadap pelanggaran undang-undang MPKj antaranya mengeluarkan tiga notis peringatan penyelesaian kompaun setiap bulan kepada orang yang gagal menjelaskan tunggakan.

"Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini juga sebanyak 14,000 keping notis peringatan penyelesaian kompaun telah dikeluarkan terhadap orang yang gagal menjelaskan kompaun," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat MPKj di Menara MPKj hari ini.

Menurut Najmuddin, dalam usaha menggalakkan pembayaran tunggakan kompaun MPKj, Jabatan Undang-Undang telah mengambil inisiatif mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Kesalahan Tempat Letak Kereta dan Pelbagai.

Ujarnya, kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai kerana julung-julung kali diadakan.

"Sebagai contoh, bagi tahun lalu terdapat dua kali kempen diadakan sempena Sambutan 25 Tahun MPKj di mana jumlah keseluruhan kutipan kompaun dalam tempoh kempen itu diadakan sahaja mencecah RM2,920,220,’’ tambahnya.

Najmuddin memberitahu pada 2022 sebanyak 438,967 kompaun telah diselesaikan, 68,413 rayuan diterima dan 128,437 notis peringatan penyelesaian kompaun dikeluarkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619