PBT

MPKS kumpul 387 kg minyak masak terpakai tempoh 19 hari Ramadan

13 Apr 2023, 6:43 AM
MPKS kumpul 387 kg minyak masak terpakai tempoh 19 hari Ramadan

SHAH ALAM, 13 APRIL : Sebanyak 387 kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sejak awal Ramadan hingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS berkata sebahagian besar minyak masak tersebut dikumpulkan melalui kempen kutipan di bazar Ramadan dan restoran-restoran.

"Kita turut menyediakan tong pengumpulan minyak masak terpakai di balai penghulu setiap mukim dan masjid terpilih.

"MPKS telah mengutip 387 kilogram minyak masak terpakai dalam tempoh 19 hari Ramadan. Kita harap sasaran untuk mengumpul sebanyak 10,000 kilogram minyak masak terpakai tahun ini akan tercapai," kata Jefree Ab Manaf kepada Selangorkini.

Menurut beliau, usaha ini bagi menyokong inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan sisa bahan tersebut tidak mencemar alam sekitar selain boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel serta bahan pencucian dan hiasan.

Tambahnya orang ramai disarankan untuk bersama-sama menyokong kempen ini dan bayaran sebanyak RM1.50 ditawarkan untuk setiap satu kilogram minyak masak terpakai yang diserahkan kepada MPKS.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS di talian 03-3281 1368.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619