BERITA UTAMA

Kod promosi RM10 galakkan pengunjung bazar Rahmah bayar tanpa tunai

12 Apr 2023, 12:00 PM
Kod promosi RM10 galakkan pengunjung bazar Rahmah bayar tanpa tunai

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kod promosi bernilai RM10 diedarkan kepada 1,000 pengunjung bazar Ramadan Rahmah Seksyen 19 di sini bagi menggalakkan bayaran tanpa tunai dalam urusan jual beli.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata inisiatif dengan kerjasama Maybank memerlukan orang ramai menebusnya melalui aplikasi Maybank2u.

“Pengunjung akan dapat diskaun dengan kod promosi itu. Selain menggalakkan budaya tanpa tunai, ia juga menjamin kebersihan ketika urusan pembelian," katanya ditemui selepas mengedarkan kod tersebut berserta 600 pek bubur lambuk hari ini.

Beliau yang ditemui di sini menambah program itu sejajar komitmen MBSA untuk mencapai matlamat pembangunan mampan, iaitu sifar kemiskinan dan kelaparan serta bandar komuniti mampan.

Melalui kod promosi berkenaan, setiap pelanggan MAE QR menikmati diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM6 apabila mereka menggunakan kod promosi di gerai yang mengambil bahagian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619