AGENDA

Tanah rizab Melayu dipantau rapi, keluasan meningkat lebih 36,000 hektar

12 Apr 2023, 4:23 AM
Tanah rizab Melayu dipantau rapi, keluasan meningkat lebih 36,000 hektar

SHAH ALAM, 12 APRIL: Keluasan tanah rizab Melayu di Selangor mencecah 162,508.97 hektar setakat Februari lalu, meningkat lebih 29 peratus (36,663.71 hektar) berbanding sebelum merdeka pada 1948.

Setiausaha Kerajaan Negeri berkata peningkatan dan penurunan data keluasan tanah dalam tempoh tersebut akibat kesan pembatalan dan penggantian untuk pembangunan infrastruktur.

Dato' Haris Kasim menjelaskan ia juga digunakan bagi pengambilan balik tanah untuk kemudahan awam seperti pembinaan lebuh raya, lapangan terbang dan loji rawatan air.

"Kerajaan Negeri sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan keluasan tanah rizab sedia ada, yang masih terkawal dan dipantau rapi dengan setiap pembatalan perlu digantikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Dewan Negeri Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung rizab tanah Melayu Selangor turun mendadak yang dilaporkan sebuah portal pada 10 April.

Haris menambah pemantauan dibuat melalui pemakaian Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Bil. 7/2001 mengenai dasar dan garis panduan pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu.

Turut terpakai ialah Pekeliling PTGS Bil. 3/2015 mengenai garis panduan urusan pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu semasa pengambilan tanah bagi tujuan atau kemudahan awam untuk kegunaan Kerajaan Negeri dan persekutuan di Selangor.

"Usaha tersebut diiktiraf melalui penerimaan Sijil Penghargaan Amalan Terbaik Pengumpulan Data Tanah Rizab Melayu yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 3 Disember 2018," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619