AGENDA

Terap empat sifat Rasulullah SAW dalam diri, jadi individu berkualiti

28 Sep 2023, 9:14 AM
Terap empat sifat Rasulullah SAW dalam diri, jadi individu berkualiti
Terap empat sifat Rasulullah SAW dalam diri, jadi individu berkualiti
Terap empat sifat Rasulullah SAW dalam diri, jadi individu berkualiti

SHAH ALAM, 28 SEPT: Pemimpin harus menerapkan empat sifat wajib Rasulullah SAW bagi menjadi individu berkualiti sekali gus membawa Selangor ke arah lebih maju dan berkebajikan.

Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim berkata sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatonah perlu menjadi asas penting dalam diri pemimpin kerana mampu membentuk masyarakat lebih baik.

“Dalam memenuhi aspirasi kerajaan membentuk Malaysia Madani, empat sifat Rasullullah SAW wajar diterapkan dalam diri setiap pemimpin.

“Pemimpin berkualiti adalah pemimpin yang menekankan nilai tambah daripada empat sifat tersebut. Oleh itu, keperibadian unggul Baginda Rasul ini perlulah dijadikan sebagai ikon pemimpin berperibadi tinggi, yang sentiasa relevan sepanjang zaman,” katanya.

[caption id="attachment_605040" align="aligncenter" width="810"] Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kasim berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berangkat hadir ke majlis tersebut selain berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Sistem MyRadha’ah secara dalam talian bagi mengenal pasti identiti saudara susuan.

[caption id="attachment_605049" align="aligncenter" width="758"] Ali XPDC menyanyikan lagu ketuhanan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Haris turut mengingatkan barisan pemimpin supaya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin memandangkan pangkat dan kedudukan bukan perkara yang perlu dibanggakan sebaliknya merupakan satu amanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619