ADN

100 penghantar makanan di Bukit Melawati terima baucar minyak RM50

12 Apr 2023, 3:37 AM
100 penghantar makanan di Bukit Melawati terima baucar minyak RM50

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 100 penghantar makanan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima baucar minyak RM50 pada program Prihatin Ramadan Foodrider.

Wakil rakyatnya berkata insentf itu ditawar kepada pekerja p-panggilan yang mengundi di DUN berkenaan selain mempunyai lesen B2 serta berdaftar secara sah.

Menurut Juwairiya Zulkifli, bantuan itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan khususnya ketika Ramadan.

"Ini merupakan program julung kali diadakan dan saya bersyukur dapat menyantuni rakan-rakan penghantar makanan yang gigih mencari rezeki walau pelbagai cabaran dihadapi.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Bryan Ng Yih Miin yang banyak membantu menjayakan program ini dan pasukan PeBS (Penggerak Belia Selangor) DUN Bukit Melawati," katanya di Facebook.

Penyampaian baucar disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Munim pada program di Dewan Dato' Penggawa Permatang, Kuala Selangor Sabtu lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619