ADN

43 kanak-kanak DUN Bukit Melawati terima bantuan makanan berkhasiat

11 Apr 2023, 4:48 AM
43 kanak-kanak DUN Bukit Melawati terima bantuan makanan berkhasiat

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 43 kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima bantuan makanan berkhasiat menerusi program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS).

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata program bermula Disember tahun lalu membabitkan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dengan setiap penerima dipantau selama enam bulan.

"Mereka dipantau sepanjang enam bulan dengan pemberian makanan tambahan bernutrisi seperti susu, bijirin, biskut dan vitamin.

"Ini merupakan salah satu program bagi memastikan anak-anak Selangor mendapat nutrisi lengkap dalam proses tumbesaran dan mencegah daripada terbantut perkembangan otak dan fizikal," katanya di Facebook.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini memaklumkan seramai 2,800 kanak-kanak bakal menerima manfaat tersebut tahun ini dengan peruntukan RM500,000.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619