ADN

Sekolah tahfiz terima dana RM21,000, baik pulih bangunan rosak terbakar

19 Jun 2023, 8:31 AM
Sekolah tahfiz terima dana RM21,000, baik pulih bangunan rosak terbakar
Sekolah tahfiz terima dana RM21,000, baik pulih bangunan rosak terbakar
Sekolah tahfiz terima dana RM21,000, baik pulih bangunan rosak terbakar

SHAH ALAM, 19 JUN: Sejumlah RM21,000 disalurkan kepada Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa di Kuala Selangor selepas salah satu bangunan sekolah tersebut rosak akibat kebakaran.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berkata sumbangan RM20,000 adalah melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan RM1,000 daripada pihaknya.

“Menziarahi asrama putri di Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa. Kebakaran berlaku pada 4 pagi (semalam) dan kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba Kuala Selangor.

“Seramai 14 orang pelajar mendiami asrama ini selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya di Facebook hari ini.

Juwairiya berkata turut bersama meninjau lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

[caption id="attachment_587954" align="alignnone" width="717"] Asrama perempuan Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor yang rosak akibat kebakaran. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

[caption id="attachment_587955" align="aligncenter" width="717"] Asrama perempuan Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor yang rosak akibat kebakaran. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619