AGENDA

Lebih 900,000 batang rokok seludup dirampas, lelaki tempatan ditahan 

10 Apr 2023, 6:56 AM
Lebih 900,000 batang rokok seludup dirampas, lelaki tempatan ditahan 

TUMPAT, 10 APRIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 900,040 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM606,899 dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Puteh dan Machang Selasa lalu.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan pertama yang dilakukan di Kampung Gong Stopa, Pasir Puteh merampas 20,520 batang rokok serta menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang digunakan suspek untuk membawa rokok seludup.

“Sejumlah 28,800 rokok seludup pelbagai jenama dirampas dalam serbuan kedua di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Dato' di jajahan sama,” katanya pada sidang media di JKDM Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam berkata 850,620 batang rokok seludup pelbagai jenama turut dirampas menerusi serbuan ketiga di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Sri Machang.

Menurutnya hasil siasatan mendapati mondus operandi adalah suspek membawa masuk rokok berkenaan dalam jumlah kecil menggunakan kenderaan penumpang sebelum disembunyikan di tempat penyimpanan.

“Rokok seludup itu kemudiannya diedarkan dalam jumlah sedikit untuk pasaran tempatan menggunakan kenderaan sama bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pembekal rokok seludup terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) serta Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

“Sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,00 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619