BERITA UTAMA

Sultan terima bayaran zakat empat syarikat lebih RM6 juta

9 Apr 2023, 2:00 AM
Sultan terima bayaran zakat empat syarikat lebih RM6 juta
Sultan terima bayaran zakat empat syarikat lebih RM6 juta

SHAH ALAM, 9 APRIL: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menerima bayaran zakat perniagaan lebih RM6.177 juta daripada empat syarikat termasuk agensi Kerajaan Negeri.

Bayaran kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor berjumlah RM2.6 juta dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM1.5 juta).

Turut menyempurna bayaran zakat bagi 2022 ialah syarikat tekstil terkemuka Jakel Trading Sdn Bhd (RM1.05 juta) dan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (RM1 juta).

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan merasmikan Masjid Taman Alam Jaya, di sini iaitu lokasi berlangsungnya program terbabit.

[caption id="attachment_575975" align="alignnone" width="790"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada majlis perasmian Masjid Taman Alam Jaya sempena program berbuka puasa bersama rakyat di Puncak Alam, Kuala Selangor pada 8 April 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam program sama Baginda berkenan mengagih sumbangan berjumlah RM272,000 kepada 544 penerima terdiri daripada fakir, miskin dan mualaf.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta sunat Terawih bersama penduduk.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Mufti Selangor Dato' Prof Madya Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619