BERITA UTAMA

Negeri lulus RM1.5 juta naik taraf kampung baharu setakat Mac

8 Apr 2023, 12:34 AM
Negeri lulus RM1.5 juta naik taraf kampung baharu setakat Mac
Negeri lulus RM1.5 juta naik taraf kampung baharu setakat Mac

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kerajaan Negeri memperuntuk RM4 juta bagi program pembangunan dan menaik taraf infrastruktur kampung baru tahun ini.

EXCO pembangunan kampung baharu berkata satakat Mac, RM1.5 juta sudah diluluskan untuk menurap jalan serta menaik taraf parit dan saliran.

“Selain itu, projek membaik pulih gelanggang bola keranjang dan beberapa lagi untuk program pembangunan masyarakat di kampung baharu.

“Kita harap lebih banyak sumber peruntukan untuk menaik taraf kesemua 77 kampung baharu di Selangor,” kata Ng Sze Han.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil semalam. Majlis disempurnakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

[caption id="attachment_575831" align="alignnone" width="775"] Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) dan EXCO Pembangunan Kampung Baharu Ng Sze Han (tiga kanan) di Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil pada 7 April 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

Sze Han berkata kampung baharu bukan semata-mata kampung, sejarah atau apa sahaja yang berkait dengan masa lampau tetapi ia adalah manifestasi produk sejarah negara yang unik di mana penduduk pelbagai etnik Cina berkumpul untuk hidup harmoni.

"Tiada tempat lain di dunia ini anda boleh jumpa 'produk' (kampung) seperti ini yang mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri," katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan peruntukan bagi projek dan program pembangunan kampung baharu sebanyak RM4 juta.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding yang disalurkan pada 2022 iaitu sebanyak RM3.6 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619