AGENDA

KKM lulus produk Evusheld untuk cegah jangkitan Covid-19

7 Apr 2023, 6:36 AM
KKM lulus produk Evusheld untuk cegah jangkitan Covid-19

PUTRAJAYA, 7 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan tambahan indikasi kepada produk Evusheld 100 miligram per milimiter (mg/ml) Solution For Injection (Tixagevimab 100 mg/ml dan Cilgavimab 100 mg/ml) keluaran Astrazeneca AB, Sweden.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan kelulusan produk berkenaan dibuat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-383 yang bersidang semalam.

Sebelum ini, Mesyuarat PBKD ke-372 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk sama dan status pendaftaran bersyarat itu masih kekal dan kelulusan baharu terkini adalah khusus untuk tambahan indikasi bagi rawatan Covid-19.

Evusheld digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 dewasa dan remaja (berusia 12 tahun ke atas dengan berat badan sekurang-kurangnya 40 kilogram), yang tidak memerlukan bantuan oksigen dan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang lebih teruk.

Ia juga digunakan ke atas individu yang berkemungkinan tidak memperoleh tindak balas imun mencukupi terhadap vaksinasi Covid-19 atau individu yang tidak disyorkan vaksinasi Covid-19.

"Penggunaan produk Evusheld ini adalah berdasarkan garis panduan klinikal yang dikeluarkan oleh KKM," kata Dr Noor Hisham.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619