AGENDA

Perkukuh segmen pelancongan pelayaran, tarik ramai pengunjung ke Selangor

7 Apr 2023, 1:00 AM
Perkukuh segmen pelancongan pelayaran, tarik ramai pengunjung ke Selangor

SHAH ALAM, 7 APRIL: Tourism Selangor bertekad memperkukuh segmen pelancongan pelayaran bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri ini melalui Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata pihaknya bakal menyertai beberapa pameran perdagangan pelancongan antarabangsa bagi mencapai matlamat tersebut.

“Tahun lalu sebanyak 141 kapal membawa sejumlah 342,721 penumpang belayar ke terminal yang menjadi perhentian pelayaran pilihan Cruise Lines terkenal seperti Genting Dream Resorts World Cruises, Celebrity Cruises, Regal Cruises, Star Cruises dan Royal Caribbean International.

“Jadi kita yakin Selangor mampu meneruskan usaha menarik pelancong antarabangsa khususnya melalui terminal berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini,” kata Azrul Shah Mohamad dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata agensi terbabit baharu selesai menyertai Seatrade Cruise Global 2023 di Florida, Amerika Syarikat pada 27 hingga 30 Mac lalu bersama 500 pempamer lain.

Menurut Azrul Shah, penyertaan itu bagi mengukuhkan segmen pelancongan pelayaran negeri bersama pakar dan ribuan ahli pelayaran profesional yang bergerak atas naratif sama.

“Dengan kerjasama antara Tourism Selangor dan Tourism Malaysia, terdapat lebih banyak siri promosi silang, FAM Trips, misi jualan dan kempen digital serta pengiklanan diadakan bersama negara mengambil bahagian,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619