ADN

30 masjid, surau DUN Kinrara terima bantuan Ramadan RM34,000

5 Apr 2023, 12:15 AM
30 masjid, surau DUN Kinrara terima bantuan Ramadan RM34,000
30 masjid, surau DUN Kinrara terima bantuan Ramadan RM34,000

SUBANG JAYA, 4 APRIL: Sebanyak 30 masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata keseluruhan sumbangan membabitkan kira-kira RM34,000 itu diharap membantu untuk pelaksanaan program berbuka puasa dan pelbagai aktiviti lain.

"Sumbangan diberi kepada semua surau dan masjid yang memohon. Bagi surau sumbangan sebanyak RM1,000 manakala masjid RM2,000 setiap satu.

"Ini untuk penyediaan buka puasa atau sebarang aktiviti Ramadan yang dilaksanakan pihak surau dan masjid," katanya ketika ditemui selepas program walkabout bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di bazar Ramadan BK 5, Bandar Kinrara, di sini, semalam.

Terdahulu, Sze Han mengagihkan kupon makanan bernilai RM10 kepada 200 pengunjung terawal bazar berkenaan yang membawa bekas makanan sendiri sebagai inisiatif menggalakkan budaya bebas plastik.

[caption id="attachment_575277" align="aligncenter" width="635"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han menyampaikan cek sumbangan Ramadan kepada wakil masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara di bazar Ramadan BK 5, Bandar Kinrara, Subang Jaya pada 4 April 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619