AGENDA

Program pengakuan cukai secara sukarela dijangka beri tambahan hasil RM1 bilion

3 Apr 2023, 6:38 AM
Program pengakuan cukai secara sukarela dijangka beri tambahan hasil RM1 bilion

SHAH ALAM, 3 APRIL: Program pengakuan sukarela khas yang bermula 1 Jun hingga 31 Mei tahun depan dijangka memberi tambahan hasil kepada negara sebanyak RM1 bilion.

Timbalan menteri kewangan berkata program pengampunan ke atas penalti 100 peratus terhadap cukai langsung dan tidak langsung turut dijangka memberi tambahan hasil RM500 juta tahun ini.

"Berdasarkan prestasi kutipan cukai daripada program pengakuan sukarela yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum ini, kerajaan menganggarkan tambahan hasil boleh dikutip RM500 juta tahun ini.

"Manakala RM1 bilion untuk keseluruhan tempoh program sehingga 31 Mei 2024," kata Steven Sim Chee Keong dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana menteri ketika membentang Belanjawan 2023 mengumumkan pelaksanaan semula program terbabit oleh LHDN dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang akan membantu menambah hasil kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program itu juga akan memberi manfaat kepada pembayar cukai yang memanfaatkan inisiatif tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619