AGENDA

Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai

5 Jul 2024, 12:05 PM
Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai

PUTRAJAYA, 5 JULAI: Tarikh akhir pengemukaan borang nyata tahun taksiran 2023 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dilanjut hingga 15 Julai, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kenyataan LHDN hari ini memaklumkan ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin yang menjalankan perniagaan, Perkongsian, Individu Pemastautin (pekerja berpengetahuan /berkepakaran /bukan warganegara memegang jawatan utama) dan Individu Bukan Pemastautin.

Menurut LHDN, pelanjutan turut melibatkan Individu Bukan Pemastautin (pekerja berpengetahuan), Pertubuhan dan Harta Pusaka.

"Borang nyata yang dikemukakan melalui e-Filing dalam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan borang nyata itu (30 Jun) dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan.

"Tambahan masa yang diberikan juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) bagi borang nyata (kecuali Borang P) yang dikemukakan melalui e-Filing," katanya.

Pembayar cukai disaran melaporkan pendapatan dengan mengemukakan e-Borang dan membuat pembayaran (sekiranya ada) dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai.

Menurut LHDN, pembayar cukai juga perlu mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (sekiranya ada).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619