ADN

DUN Sungai Tua anjur jualan murah untuk persiapan Aidilfitri

3 Apr 2023, 12:35 AM
DUN Sungai Tua anjur jualan murah untuk persiapan Aidilfitri
DUN Sungai Tua anjur jualan murah untuk persiapan Aidilfitri

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 3 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua akan menganjur program Mantai Perdana untuk penduduk membeli barangan asas pada harga murah sebagai persiapan raya.

Pengurus Pusat Khidmat Rakyat berkata program di Dataran Niaga Siantan, Selayang Mutiara pada 20 April menjual ayam, daging, telur, sayur, beras dan barangan kering.

"Kita akan mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

[caption id="attachment_562601" align="alignleft" width="345"] Pengurus Pusat Khidmat DUN Sungai Tua Maimon Misman[/caption]

"Selain itu kita mungkin beri peluang kepada peniaga yang ingin menjual kuih-muih dan baju," kata Maimon Misman.

Beliau ditemui pada Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat DUN itu di Medan Batu Caves semalam. Program itu akan dianjurkan lagi pada 12, 13 dan 16 April.

Tambah beliau pihaknya juga akan mengedar 1,500 bubur lambuk di Kampung Laksamana dan pada 6 April.

Menurut Maimon, program Bubur Lambuk Perdana hasil kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Penduduk (JKP)

"Kita akan masak lima periuk besar bubur lambuk dan isi dalam 1,500 bekas makanan untuk diedarkan kepada orang ramai. Kita juga akan tambah bubur manis," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619