PBT

Pemenang cabutan bertuah MyMPS bawa pulang wang tunai keseluruhan RM50,000

2 Apr 2023, 12:53 AM
Pemenang cabutan bertuah MyMPS bawa pulang wang tunai keseluruhan RM50,000

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 2 APRIL: Sebelas pemenang utama cabutan bertuah MyMPS 2022 membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,000.

Hadiah disampaikan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi di lobi Menara MPS.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS berkata dua pemenang bertuah masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sementara yang lain membawa pulang wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

"Seramai 53 nama pemenang bertuah dicabut pada 29 November tahun lalu dan semalam (kelmarin) 11 pemenang utama dikumpulkan untuk menerima hadiah.

"42 pemenang yang lain telah dihubungi dan mereka akan menerima hadiah masing-masing melalui pindahan wang secara dalam talian," kata Ahmad Fauzi Ishak ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau cabutan bertuah MyMPS 2022 menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM50,000.

"Cabutan bertuah ini bertujuan mempromosikan portal MyMPS.

"Program ini bermula 2020 dan pada mulanya menawarkan hadiah berupa kenderaan dan barangan elektrik," katanya.

MyMPS merupakan gerbang pembayaran pelbagai bil MPS secara dalam talian yang mesra pengguna dan lebih sistematik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619