PBT

MPS terus pantau, puas hati peniaga patuh pakai pelitup muka

1 Apr 2023, 2:30 AM
MPS terus pantau, puas hati peniaga patuh pakai pelitup muka

OLEH AZIAN AZIZ

SELAYANG, 1 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meneruskan usaha mendidik penjaja dan pengendali makanan mengenai pematuhan pemakaian pelitup muka pada minggu pertama Ramadan ini.

Timbalan Yang Dipertuanya Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan maklum balas dan kadar pematuhan terutama dalam kalangan peniaga makanan di pasar malam dan bazar Ramadan.

"Di peringkat MPS memang kita dah laksanakan dan menjadi kewajipan pengendali makanan memakai pelitup muka bagi menjamin kebersihan namun masih ada yang tidak patuh...biasanya yang berniaga seorang.

"Bagaimanapun jumlahnya terlalu sedikit," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat MPS Bilangan 3/2003 di sini semalam.

Adi Faizal memberitahu bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi seperti saranan Kerajaan Negeri, pihaknya menjalankan pemeriksaan berterusan dan amaran diberikan terhadap mereka yang melakukan kesalahan kali pertama.

Menurutnya, MPS akan mengeluarkan notis atau kompaun untuk kesalahan kedua dan jika masih berdegil tindakan menghenti atau tidak membenarkan mereka berniaga dikenakan dalam tempoh tertentu sehingga peraturan itu dipatuhi.

Bermula 1 Januari lalu, Kerajaan Negeri menguatkuasakan arahan pemakaian pelitup muka dalam kalangan penyedia dan pengusaha restoran di Selangor bagi meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.

Pendekatan itu juga dapat menambah keyakinan pelanggan selain mengelakkan penularan Covid-19 dan isu keracunan makanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619