ADN

Peruntuk RM30,000 kepada masjid laksana pelbagai program sepanjang Ramadan

1 Apr 2023, 11:58 PM
Peruntuk RM30,000 kepada masjid laksana pelbagai program sepanjang Ramadan
Peruntuk RM30,000 kepada masjid laksana pelbagai program sepanjang Ramadan
Peruntuk RM30,000 kepada masjid laksana pelbagai program sepanjang Ramadan

Oleh DIANA ABD WAHAB

PETALING JAYA, 2 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama memperuntukkan RM30,000 untuk masjid melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengimarahkan Ramadan tahun ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata peruntukan itu diberi kepada tiga masjid dalam kawasannya dengan masing-masing menerima RM10,000.

[caption id="attachment_574799" align="aligncenter" width="741"] ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin meninjau program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kita salur sumbangan ini supaya pihak masjid dapat bergerak secara bebas untuk bantu golongan memerlukan sepanjang Ramadan ini.

“Kita juga sediakan peruntukan untuk sembilan surau dalam DUN Bandar Utama namun jumlah peruntukan diberi tertakluk kepada aktiviti kemasyarakatan yang pihak surau anjurkan,” katanya.

Beliau ditemui ketika meninjau operasi jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Cempaka di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain Jamaliah memaklumkan pihaknya turut menjalin kerjasama dengan pihak masjid untuk menganjurkan program berbuka puasa bersama masyarakat setempat.

[caption id="attachment_574800" align="aligncenter" width="753"] Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata pihaknya turut bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengedarkan bubur lambuk, kuih-muih dan kurma di beberapa lokasi terpilih sekitar DUN Bandar Utama.

“Di DUN Bandar Utama penduduk berbangsa Cina lebih ramai justeru kita fokus beberapa tempat yang majoritinya kaum Melayu seperti di Kampung Kayu Ara.

“Kita akan anjur lebih banyak aktiviti dan jalin kerjasama dengan pihak masjid di kawasan tersebut,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619