AGENDA

Lebih 30,000 ditolak, pemohon program bantuan disaran beri maklumat lengkap

31 Mac 2023, 1:18 AM
Lebih 30,000 ditolak, pemohon program bantuan disaran beri maklumat lengkap
Lebih 30,000 ditolak, pemohon program bantuan disaran beri maklumat lengkap

KLANG, 31 MAC: Kerajaan Negeri menolak 30,538 permohonan untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor berikutan maklumat diberikan tidak betul atau lengkap.

EXCO kebajikan masyarakat berkata jumlah ditolak itu adalah daripada 71,160 permohonan diterima setakat 29 Mac lalu.

"Kita menolak permohonan itu kerana beberapa masalah seperti alamat tidak lengkap.

"Pemohon dinasihatkan mengisi borang dengan memberi maklumat betul dan lengkap bagi mengelak permohonan ditolak kerana pemeriksaan teliti dilakukan bagi memastikan penerima yang lulus benar-benar layak," kata V Ganabatirau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majli berbuka puasa bersama pengamal meidia di Hotel Wyndham Acmar di sini, semalam.

[caption id="attachment_574422" align="aligncenter" width="550"] V Ganabatirau bersama pengamal media ketika majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Klang di Klang pada 30 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 25,736 permohonan daripada keluarga kurang berkemampuan diluluskan yang merupakan kumpulan baharu dan bekas penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), memperoleh manfaat program dilancar pada Julai tahun lalu.

Inisiatif Bingkas menggantikan (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) merupakan skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) membabitkan peruntukan RM108 juta.

Menerusi Bingkas, setiap keluarga yang layak akan menerima bantuan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun dan bayaran diagihkan menerusi aplikasi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619