AGENDA

JobCare tawar 10,000 peluang kerja, jelajah sembilan daerah mulai Julai

9 Jun 2023, 1:00 AM
JobCare tawar 10,000 peluang kerja, jelajah sembilan daerah mulai Julai
JobCare tawar 10,000 peluang kerja, jelajah sembilan daerah mulai Julai
JobCare tawar 10,000 peluang kerja, jelajah sembilan daerah mulai Julai

SHAH ALAM, 9 JUN: Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bakal menjelajah ke sembilan daerah mulai Julai.

EXCO pemberdayaan pekerja berkata program Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu melibatkan hampir 200 syarikat pelbagai sektor.

"Kita jangkakan sebagai permulaan karnival ini akan menjelajah sama ada di daerah Klang atau Hulu Selangor. Kita akan maklumkan dalam masa terdekat.

"Rakyat Selangor terutamanya yang sedang mencari kerja dipelawa untuk hadir ke karnival ini yang dijangka bermula bulan depan," kata V Ganabatirau.

[caption id="attachment_585863" align="aligncenter" width="813"] EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau (tengah) bergambar bersama pada majlis penyerahan bantuan subsidi tambang bas SJK(T) Selangor 2023 di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam pada 8 Jun 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program penyerahan sumbangan subsidi tambang bas sekolah di foyer bangunan pentadbiran negeri di sini, semalam.

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pandemik memperoleh pekerjaan.

[caption id="attachment_522192" align="aligncenter" width="721"] Peserta menghadiri temuduga program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gemilang Dengkil, Sepang pada 14 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619