PBT

Permohonan naik 35 peratus, MBPJ tambah tiga lokasi bazar Ramadan

30 Mac 2023, 2:56 AM
Permohonan naik 35 peratus, MBPJ tambah tiga lokasi bazar Ramadan

OLEH DIANA ABD WAHAB

PETALING JAYA, 30 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menambah tiga lokasi bazar Ramadan tahun ini menjadikan keseluruhan 22 kawasan berbanding 19, tahun lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata penambahan itu susulan permohonan peniaga yang meningkat 35 peratus kali ini.

"Sebanyak 917 permohonan diterima pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 660 dan kita sediakan kira-kira 1,374 petak niaga di semua lokasi bazar.

"Penambahan ini juga antara usaha kita bagi membantu usahawan mikro bagi meningkatkan ekonomi mereka yang terjejas ketika pandemik akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan," Mohamad Azhan Md Amir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program lawatan ke bazar Ramadan dan Pelancaran Program ‘Moreh@PJ Love You’ di Jalan PJS 1/30 di sini, semalam.

Berikut merupakan tiga lokasi baharu bazar Ramadan MBPJ:

Jalan Cemara SD 3/2A, Bandar Sri Damansara

Jalan Meranti SD 13/4, Bandar Sri Damansara

Jalan PJS 8/12

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619