PBT

1,981 kes denggi dicatatkan di kawasan MBPJ hingga 27 Mei

31 Mei 2023, 1:54 AM
1,981 kes denggi dicatatkan di kawasan MBPJ hingga 27 Mei

Oleh AZIAN AZIZ

PETALING JAYA, 31 MEI: Sebanyak 121 kes demam denggi dicatatkan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam tempoh seminggu dari 21 hingga 27 Mei lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir berkata jumlah itu menjadikan kes keseluruhan demam denggi yang dicatatkan di kawasan MBPJ sejak Januari bertambah kepada 1,981 kes.

"Jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya (14 Mei hingga 20 Mei) yang mencatatkan 99 kes, terdapat peningkatan 22 kes demam denggi pada minggu lalu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat MBPJ di Ibu Pejabat MBPJ semalam.

Menurutnya jumlah lokaliti bagi wabak itu turut meningkat daripada 42 lokaliti minggu sebelumnya kepada 49 lokaliti minggu lalu.

"Empat daripada 49 lokaliti tersebut merupakan hotspot wabak tersebut," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619