ADN

DUN Pandamaran perkenal dapur usahawan digital, tingkat ekonomi keluarga susah

29 Mac 2023, 5:03 AM
DUN Pandamaran perkenal dapur usahawan digital, tingkat ekonomi keluarga susah
DUN Pandamaran perkenal dapur usahawan digital, tingkat ekonomi keluarga susah

SHAH ALAM, 29 MAC: Keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran berpeluang menjana pendapatan menerusi program dapur usahawan digital.

Wakil rakyatnya Tony Leong Tuck Chee berkata program dengan kerjasama Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) turut membantu individu hilang pekerjaan.

"Inisiatif dengan kerjasama Hijrah berkonsep pemberian bantuan kelengkapan bahan mentah, kelas masakan dan kaedah menggunakan aplikasi penghantaran makanan.

“Kerajaan Negeri sudah sediakan platform ini (aplikasi penghantaran makanan), selebihnya kita bantu sediakan bahan mentah, mereka hanya masak di rumah dan penghantar makanan akan ambil pesanan untuk hantar kepada pelanggan,” kata ketika dihubungi.

[caption id="attachment_574059" align="aligncenter" width="833"] ADN Pandamaran Tony Leong Tuck Chee (duduk tiga dari kanan) bersama ketua-ketua kampung selepas taklimat program Usahawan Dapur Digital di pejabat pusat khidmat masyarakat DUN Pandamaran pada 9 Mac 2023. Foto Facebook Tony Leong[/caption]

Tuck Chee memohon ketua kampung untuk segera mengenal pasti keluarga yang layak bagi memastikan sasaran 500 individu menyertai program yang julung kali dianjurkan itu tercapai.

“Baru-baru ini saya sudah memanggil semua ketua kampung sebab kita mahu ketua kampung terlebih dahulu memahami konsep yang ingin dilaksanakan.

“Selepas itu mereka boleh cari mana-mana keluarga susah yang layak untuk program ini. Kita rancang program ini bermula dalam tempoh terdekat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619