AGENDA

Belanjawan 2023 diluluskan hari ini

28 Mac 2023, 3:44 PM
Belanjawan 2023 diluluskan hari ini

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023), selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, sejak 27 Februari lalu.

RUU Perbekalan 2023 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, malam ini.

Sesi undian itu dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi selesai, pada jam 7.05 malam, lapor Berita Harian.

RUU Perbekalan 2023 adalah belanjawan pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 10 hari, mulai 13 Mac lalu.

Belanjawan 2023 lulus di peringkat dasar pada 9 Mac lalu.

Dokumen belanjawan merangkumi peruntukan tertinggi dalam sejarah negara, bernilai RM386.14 bilion itu dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari lalu.

Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia Madani' itu membabitkan peruntukan pembangunan tertinggi, bernilai RM99 bilion yang merangkumi suku daripada keseluruhan bajet.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619