AGENDA

PM: 12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja diselamatkan

27 Mac 2023, 3:42 PM
PM: 12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja diselamatkan

PHNOM PENH, 27 MAC: Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pihak Kedutaan Malaysia di sini akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan esok.

"Ini maklumat terbaharu yang diterima, selain daripada yang diumumkan sebelum ini, berita terbaharu ada 12 lagi berjaya dibebaskan," katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi sehari ke Kemboja hari ini.

Pada sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen petang tadi, Anwar berkata setakat ini 287 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim memberitahu Bernama berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua 12 individu itu berada dalam senarai nama yang dilaporkan hilang.

Beliau berkata pihaknya akan ke lokasi mangsa esok untuk urusan membawa pulang semua mereka.

"Sekiranya keluarga telah melengkapkan semua dokumen termasuk tiket penerbangan balik, mungkin semua mangsa dapat pulang ke tanah air pada hari Sabtu atau Ahad," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619