AGENDA

Pertahan keimanan, istiqamah dalam beramal agar tidak terpesong (VIDEO)

27 Mac 2023, 8:00 AM
Pertahan keimanan, istiqamah dalam beramal agar tidak terpesong (VIDEO)

SHAH ALAM, 27 MAC: Umat Islam mesti mempertahan keimanan agar tidak mudah terpesong dengan dakyah musuh agama selain istiqamah dalam beramal.

Menghuraikan ayat lapan surah al-Imran yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Roslan Mohamed berkata manusia jangan berpaling daripada keimanan dan terikut cara kehidupan golongan kufur.

"Masyarakat hari ini mereka ada masalah itu (mudah terikut) dengan sertai orang kerana faktor tertentu, ajakan dan seumpamanya.. itu tidak boleh.

"Kita kena istiqamah. Kalau tiada istiqamah dalam kita beramal, kita akan mudah terpaling dan berpaling," kata bekas pensyarah kanan Universiti Malaya itu.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1640224629217435648[/embed]

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Mengupas ayat sama, Amirudin berkata umat Islam mesti mempertahankan keimanan dan terus mensyukuri rahmat yang dilimpahkan kepada mereka.

Beliau juga berkongsi doa keteguhan hati yang dibaca Nabi Muhammad SAW selepas tahiyatul akhir meminta agar Allah tidak memesongkan hati mereka.

"Orang yang telah membaca (al-Quran)... sudah faham, dengar kuliah dan dapat petunjuk... tapi dia boleh terpaling jika Allah tidak mempertahankan hatinya," katanya.

Mengupas konsep rahmat dalam ayat tersebut, Roslan berkata perkataan itu boleh difahami dalam bentuk yang luas mencakupi kasih sayang semasa manusia serta pemimpin kepada yang dipimpin.

"Bila kita sayang kepada sesuatu ia adalah rahmat daripada Allah. Jangan kita mencabuli rahmat Allah ini dengan benda-banda yang dusta," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu - kepentingan infak harta

Episod dua - bersyukur bukti keimanan

Episod tiga - taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat - taati ibu bapa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619