AGENDA

Terus berbuat amal kebaikan, berdoa pasti Allah makbulkan (VIDEO)

12 Mac 2024, 1:00 PM
Terus berbuat amal kebaikan, berdoa pasti Allah makbulkan (VIDEO)
Terus berbuat amal kebaikan, berdoa pasti Allah makbulkan (VIDEO)

SHAH ALAM, 12 MAC: Umat Islam diingatkan untuk terus melakukan amal kebaikan sebelum berdoa agar semua yang dihajati dimakbulkan Allah.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan ayat 5 Surah Al-Fatihah yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

"Kita pada hari ini tidak kena, doa sakan tetapi amal soleh kita tidak mahu buat. Puasa pun tidak mahu," katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Kata ahli sufi, malam itu panjang, jangan pendekkan dengan tidur. Siang itu cerah, jangan gelapkan dengan dosa," kata Don Danial yang mengajak umat Islam memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan amal kebaikan.

[caption id="attachment_632725" align="aligncenter" width="769"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata manusia sebagai insan yang lemah perlulah beradab ketika memohon pertolongan dari Allah.

"Satu ayat yang pendek dan selalu kita bacakan ini mengandungi konsep ketuhanan iaitu hanya Allah yang kita sembah dan hanya Allah tempah kita mohon pertolongan.

"Sudah pastilah ada adab-adabnya ketika memohon pertolongan. Apa yang penting adalah amal yang baik diikuti dengan doa dan insya-Allah akan dimakbulkan," katanya.

[playlist type="video" ids="632722"]

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619