AGENDA

KKM mula projek rintis atasi kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah

27 Mac 2023, 3:14 AM
KKM mula projek rintis atasi kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah

SHAH ALAM, 27 MAC: Projek Rintis Kluster Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dimulakan Sabtu lalu bagi menangani tempoh menunggu lama di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu.

Menteri kesihatan berkata inisiatif bersama Klinik Kesihatan (KK) Bandar Botanik membolehkan pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan mendapatkan rawatan segera, lapor Berita Harian.

"KK Bandar Botanik beroperasi setiap hari termasuk hari kelepasan am dari 8 pagi hingga 9.30 malam, dengan waktu menerima pendaftaran pesakit terhad hingga 9 malam," kata Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berharap ketetapan baharu itu akan mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan di HTAR, yang berperanan merawat kes kecemasan yang serius dan kritikal.

Beliau menambah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantau perkembangan projek rintis berkenaan sebelum berhasrat untuk memperluas program itu.

Pada 10 Mac, KKM memaklumkan akan memanjangkan waktu operasi di 52 klinik kesihatan seluruh negara sehingga 9.30 malam bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619