ADN

Projek ganti, lebar jambatan Sungai Batang Kali siap 6 September

25 Mac 2023, 6:30 AM
Projek ganti, lebar jambatan Sungai Batang Kali siap 6 September
Projek ganti, lebar jambatan Sungai Batang Kali siap 6 September

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 25 MAC: Projek menggantikan dan melebarkan jambatan Sungai Batang Kali, Hulu Selangor dijangka siap 6 September ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong berkata peratusan jadual kerja fizikal projek itu kini mencapai 81 peratus.

“Projek yang bermula 30 April 2018 dengan kos RM32 juta ini akan mempunyai lima lorong.

“Ia dijangka menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutama dari Rasa ke Batang Kali,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

[caption id="attachment_573422" align="aligncenter" width="848"] Projek pelebaran jambatan Sungai Batang Kali, Hulu Selangor giat dijalankan dan dijangka siap 6 September 2023. Foto Facebook Lee Kee Hiong[/caption]

Projek yang sepatutnya siap pada 29 April 2020 mengalami kelewatan berikutan beberapa masalah teknikal antaranya kelewatan kelulusan pengalihan utiliti selain pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika penularan Covid-19.

Selain itu inisiatif tambahan pasca pandemik dalam kontrak kerja kerajaan turut menyumbang lanjutan tempoh masa (EOT) projek terbabit.

Pada 16 Mei 2019 Kerajaan Negeri memperuntukkan dana RM69.2 juta bagi daerah Hulu Selangor.

Ia membabitkan projek fizikal di bawah pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) bernilai RM40 juta dan kemudahan infrastruktur bernilai RM29.2 juta di bawah projek jalan untuk keselesaan masyarakat di daerah berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619