AGENDA

LZS serah RM2 juta, bantu 1,997 masjid, surau jaya program imarah sepanjang Ramadan

24 Mac 2023, 2:00 PM
LZS serah RM2 juta, bantu 1,997 masjid, surau jaya program imarah sepanjang Ramadan
LZS serah RM2 juta, bantu 1,997 masjid, surau jaya program imarah sepanjang Ramadan
LZS serah RM2 juta, bantu 1,997 masjid, surau jaya program imarah sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 24 MAC: Sebanyak 1,997 institusi Islam negeri ini menerima sumbangan RM2.414 juta bagi menjayakan aktiviti pengimarahan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis di Masjid Negeri di sini, hari ini.

Sumbangan Ihya' Ramadan diserahkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shazihan Ahmad sambil disaksikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Menurut kenyataan LZS, jumlah sumbangan meliputi agihan sebanyak RM2,000 kepada 417 masjid manakala RM1,000 untuk 1,580 surau.

[caption id="attachment_573335" align="alignnone" width="772"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek berjumlah RM2.316 juta sempena majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM10.153 juta daripada lima syarikat korporat termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Worldwide Holding Berhad.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 493 asnaf fakir, miskin dan mualaf di Petaling berjumlah RM246,500.

Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih bersama-sama.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

[caption id="attachment_573336" align="aligncenter" width="767"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf daerah Petaling sempena majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619