PBT

Anugerah Khas Datuk Bandar MBSA tingkat motivasi kakitangan kerja lebih keras

22 Mac 2023, 4:13 AM
Anugerah Khas Datuk Bandar MBSA tingkat motivasi kakitangan kerja lebih keras

SHAH ALAM, 21 MAC: Penolong pegawai senibina Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersyukur dipilih menerima Anugerah Khas Datuk Bandar pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA malam tadi.

Hairuddin Saidan yang berkhidmat selama 23 tahun bersama pihak berkuasa tempatan itu berkata penghargaan diterima menjadi motivasi buatnya untuk bekerja lebih keras lagi pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, terima kasih MBSA kerana memilih saya menerima anugerah khas ini, tidak pernah terlintas di fikiran untuk menerima pengiktirafan berharga ini.

"Sepanjang 23 tahun bersama MBSA, ini merupakan satu penghargaan terbesar pernah saya menangi. Tiada rahsia atau tips cuma apa yang boleh saya kongikan adalah setiap yang dibuat perlu ada minat dan saya sentiasa mencipta keseronokan dalam bekerja.

"Tekanan atau politik kerja itu ada dimana-mana tetapi kita sebagai manusia biasa perlu pandai mencipta keseronokan selain sentiasa bersikap positif," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah berkenaan.

Bagi Maysarah Mohd Yusof, 45, pula, beliau menganggap anugerah yang diterimanya di peringkat antarabangsa sebelum ini mungkin merupakan batu loncatan buatnya memenangi anugerah khas MBSA itu.

"Alhamdulillah, terima kasih MBSA dengan semua anugerah yang diberi sepanjang 19 tahun berkhidmat, kejayaan ini juga bukan saya seorang tetapi untuk semua Jabatan Penilaian dan Pengurusan MBSA," kata ibu empat anak yang pernah menerima tiga kali APC MBSA.

Terdahulu, kedua-dua mereka berjaya menerima Anugerah Khas Datuk Bandar dan membawa pulang sijil, plak serta wang tunai RM4,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619