AGENDA

Pentadbiran negeri diseru kekal semangat berpasukan, capai tahap lebih tinggi

28 Jan 2025, 1:00 PM
Pentadbiran negeri diseru kekal semangat berpasukan, capai tahap lebih tinggi

SHAH ALAM, 28 JAN: Pencapaian pembangunan yang memberangsangkan tahun lepas pada tahap 96 peratus perlu dikekalkan untuk 2025, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semangat berpasukan dalam kalangan penjawat awam perlu diteruskan supaya negeri tidak ketinggalan sebaliknya terus mengejar kedudukan lebih baik.

Beliau juga mengingatkan pentadbiran negeri supaya mempunyai sikap daya saing tinggi dengan menjadikan negara maju lain, agensi kerajaan atau syarikat swasta sebagai perbandingan untuk meningkatkan prestasi.

“Kita jangan rasa selesa. Kalau tahun ini kita capai tahap 97, 98 peratus jadi tahun depan mesti ada ruang penambahbaikan. Kalau dan capai tahap membanggakan, kita kena cepatkan proses pelaksanaan. Ini merupakan satu cabaran kepada kita.

“Ya, kita kena ikut SOP (tatacara operasi piawaian), tatakelola digariskan tapi kita perlu kemaskan. Kalau tidak mampu setanding negara maju, kita kena lihat sektor swasta dan agensi kerajaan

“Sektor swasta ada daya cepat yang luar biasa kerana mempunyai motivasi nak dapatkan keuntungan,” katanya berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2025 hari ini.

Amirudin berkata Dasar Speed Selangor yang diperkenal tahun ini bagi memendekkan kelulusan merancang kawasan industri akan melonjakkan prestasi pentadbiran negeri.

“Speed Selangor bukan untuk puaskan hati pelanggan tetapi letakkan taraf prestasi kerajaan di tahap sentiasa dipanggang tinggi, dihormati dan berkredibiliti,” katanya.

Terdahulu dalam majlis berkenaan, Dato’ Menteri Besar menyampaikan APC kepada 124 penerima termasuk Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Mufti Selangor Dato’ Prof Madya Dr Anhar Opir.

Amirudin turut menyerahkan AJD kepada 38 kakitangan awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619