AGENDA

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 2,540 orang

22 Mac 2023, 1:59 AM
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 2,540 orang

JOHOR BAHRU, 22 MAC: Keadaan banjir di Batu Pahat semakin surut dengan jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 2,540 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 3,086 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 701 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi ketika ini.

"Tiga PPS yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan dengan 320 orang, diikuti Sekolah Agama Seri Medan (314) dan SK Seri Aman (257)," menurut JPBN.

Sementara itu, JPBN memaklumkan seramai 5,269 petugas daripada pelbagai agensi terlibat dalam usaha membantu misi pascabanjir di beberapa lokasi di Batu Pahat yang terjejas.

Cuaca di kesemua 10 daerah diramalkan cerah pagi ini dan tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619