AGENDA

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 967 orang

23 Mac 2023, 2:04 AM
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 967 orang

JOHOR BAHRU, 23 MAC: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menunjukkan penurunan kepada 967 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,086 yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Sri Medan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok.

Dengan penutupan PPS tersebut, kini hanya tinggal lapan PPS yang masih beroperasi melibatkan 269 keluarga, menurut JPBN.

JPBN turut memaklumkan pada pagi ini, tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

Cuaca di keseluruhan 10 daerah di negeri ini juga dilaporkan cerah dan tiada hujan dijangka turun.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan Parit Yaani dan Parit Raja, yang sebelum ini terjejas teruk akibat banjir, kini sudah semakin surut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619