SELANGOR

Ahmad Faizal dilantik ketua polis daerah Hulu Selangor baharu

21 Mac 2023, 9:16 AM
Ahmad Faizal dilantik ketua polis daerah Hulu Selangor baharu

HULU SELANGOR, 21 MAC: Supt Pengajian Sains Kepolisan Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Supt Ahmad Faizal Tahrim dilantik sebagai ketua polis daerah Hulu Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Supt Suffian Abdullah yang akan berpindah ke Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras bagi mengambil alih jawatannya.

Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Sementara itu, Ahmad Faizal yang ditemui pemberita selepas majlis itu berazam untuk memastikan komuniti di Hulu Selangor sentiasa berada dalam keadaan makmur, sejahtera dan terkawal.

”Daerah Hulu Selangor ialah satu daerah yang semi-urban dan juga kawasan ekopelancongan serta kawalan keselamatan perlu diambil perhatian pada setiap masa," katanya.

Ahmad Faizal, 42, menyertai PDRM pada 2003 di bawah kadet ASP dan ditempatkan di Maktab PDRM.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619