AGENDA

Geng Ayoi aktif samun kedai serbaneka tumpas, tiga lelaki ditahan

22 Apr 2024, 2:05 AM
Geng Ayoi aktif samun kedai serbaneka tumpas, tiga lelaki ditahan

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Geng Ayoi yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Hulu Selangor dan Gombak dekat sini tumpas selepas polis menahan tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi dan pihaknya turut merampas motosikal jenama Honda RSX, dua topi keledar, sehelai baju hitam serta sepasang kasut.

“Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. Ujian air kencing pula mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Tetrahydrocannabinol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal percaya dengan tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan sembilan kes samun di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis supaya tindakan selanjutnya dapat diambil,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619