AGENDA

600 premis di Selangor tawar Menu Rahmah termasuk restoran popular

19 Mac 2023, 2:37 AM
600 premis di Selangor tawar Menu Rahmah termasuk restoran popular
600 premis di Selangor tawar Menu Rahmah termasuk restoran popular

SHAH ALAM, 19 MAC: Sebanyak 600 premis di Selangor mendaftar untuk menawarkan Menu Rahmah secara sukarela setakat kelmarin, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.

Menurut Mohd Zuhairi Mat Radey, inisiatif dilancar pada 2 Mac lalu turut mendapat sokongan rangkaian restoran popular seperti McDonalds, KFC, Burger King dan Old Town White Coffee.

[caption id="attachment_572514" align="alignleft" width="345"] Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey [/caption]

“Jadi rakyat dapat melihat bahawa pemain industri utama juga menyambut baik promosi Menu Rahmah. Malah ramai peniaga mengambil usaha sendiri menawarkan inisiatif ini.

“Kami yakin di luar pendaftaran direktori Menu Rahmah, beratus-ratus premis menjalankan inisiatif tersebut,” katanya ditemui sempena Hari Pengguna peringkat Selangor di Dewan Teratai, Seksyen 19 di sini semalam.

Program dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dirasmikan EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Mohd Zuhairi menambah pihaknya juga akan memperkukuh jaringan bersama pengusaha restoran negeri ini bagi menjayakan aspirasi Menu Rahmah.

“Kita mahu inisiatif ini kekal dalam jangka masa panjang bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Menu Rahmah merupakan usaha kerajaan bagi membantu rakyat Selangor terutama golongan memerlukan membeli makanan bermasak seimbang dengan harga RM5 ke bawah.

Orang ramai boleh melayari portal KPDN (platform direktori) melalui pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my bagi menyemak senarai premis berdekatan yang menyediakan menu berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619